Bile jadi macam ni mesti aku teringat seseorang..alangkah bagusnya kalau aku tak buat benda bodoh tu dulu. Mesti aku tak rasa macam ni punya menderita kot sekarang. Mesti ada orang yang nak dengar cerita aku, tak pun call aku semata2 nak dengar aku menangis.
Tapi hakikatnya takkan pernah berubah..walaupun banyak kali kau cuba pun tetap sama jugak. Huu rindu betul la masa dulu. Kadang-kadang aku pikir balik, betul ke macam nie??Only God knows..
Aku tengah pikir lagi..yang da beribu-ribu kali pikir, betul ke macam nie..masih tak ada jawapan. Aku masih tercari-cari..apa yang aku cari pun aku tak pasti. Can somebody guide me?? Rasa penat, sedih, marah, geram, benci, sunyi dah bercampur-campur. Bagusnya kalau kau ada sekarang..dah lama tak jumpa, apa khabar agaknya? Masa berlalu memang cepat..tapi hati aku taklah melupakan secepat itu. Sebab aku tetap aku.
Aku kena hadapi kenyataan..kenyataan yang berlaku hari ini dan tak lupa jugak yang berlaku setahun empat bulan yang lepas. Aku tak mahu diberikan peluang..aku cuma mahu apa yang aku mahu. Susah ke? Mm susah kot, dapat pulak yang kepala batu+mulut cam tongkang pecah camni.
Argh..sakitnya hati.. tapi aku takkan mengalah. Entry ni ditujukan kat orang yang bergaduh ngan aku hari nie..Kau ingat kau hebat, kau lupe kot ada yang lagi hebat dari kau. Aku tak risau, tuhan kan ada. Yang penting, ko jangan harap nak sakitkan hati aku lagi. Mulai hari ini, aku tak nak tahu lagi pe jadi kat kau. Menyampah aku. Boleh blah.
P/s: Entry ni tak ade kena mengena ngn awak, awak dan sape2 jugak yang baca. Sape makan cili die la yang terasa pedasnya..hmm
Langkah Semula
12 years ago
wan...marah sape?... huhu..rajin2 la ym i..i pon tgh berduka lara nih..huhu..
ReplyDeleteAdala hamba Allah ni Lieza..tapi lama2 I da ok, marah lama2 pun x guna jugak. U plak nape? Nanti i free i ym ok..jangan sedih2 k..
ReplyDelete